Saturday, June 25, 2011

Akhwat Sejati

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari wajahnya yg manis dan menawan,tetapi dari kasih sayangnya pada karib kerabat dan orang di sekitarnya. Pantang baginya mengumbar aurat, dan memamerkannya kpd siapapun, kecuali pada mahramnya. Dia sentiasa menguatkan iltizam dan azzamnya dalam berghadul basher dan menjaga kemuliaan diri, keluarga serta agamanya.

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari suaranya yg lembut dan mempesona, tetapi dari lembut dan tegasnya tutur kata dalam mengatakan kebenaran. Dia sentiasa menjaga lisan dari ghibah dan namimah. Pantang baginya membuka aib saudaranya. Dia yg memahami dan merasakan betul bahwa Allah swt sentiasa mengawasi segala tindak tanduknya.

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari liuk gemulainya kala ia berjalan,te tapi dari sikap bijaknya memahami persoalan2. Dia yg sentiasa bersikap tulus dalam membina persahabatan dgn siapapun, dimanapun dirinya berada. Tak ada perbendaharaan kata “cemburu buta” dalam kamus hidupnya. Dia senantiasa merasa cukup dengan apa yg Allah anugerahkan untuknya, juga atas nafkah yg diberikan sang suami kepadanya. Tak pernah menuntut apa2 yg tidak ada kemampuan pada suaminya. Sabar adalah aura terpancar dari wajahnya. Sifat tawadhu’ adalah pakaian yg sentiasa dia pakai sepanjang perguliran zaman.

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia menghormati dan menyangi org2 ditempat kerja, tetapi dari tatacaranya menghormati dan menyayangi siapapun yg dimanapun tanpa memandang satus yg disandangnya. Dia yg dilihat menyejukkan mata dan meredupkan api marah.

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari banyaknya ikhwan yg memuji dan menaruh hati padanya, tetapi dilihat dari kesungguhannya dalam berbakti dan mencintai Allah dan Rasulullah. Dia yg selalu menghindari sesuatu yg syubhat terlebih hal2 yg diharamkan-Nya.

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari pandainya dia merayu dan banyaknya airmata yg menitik, tetapi dari ketabahannya menghadapi liku2 kehidupan. Pancaran kasih sayang melesat tajam dari tiap nada bicara yg keluar dari bibirnya. Dia yg memiliki perasaan yg tajam utk selalu berbuat ihsan kala ditempat umum maupun kala sendiri.

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari merdunya suara kala bertilawah qur’an dan banyaknya hadis yg ia hafal, tetapi dari keteguhan dan konsistennya mengamalkan kandungan keduanya. Dia selalu mengajarkan pada yg belum memahaminya. Al-quran dan As-Sunnah dijadikannya sebagai suluh penerang serta pijakan dalam menelusuri lorong2 gelap kehidupan.

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari tingginya gelar yg disandangnya serta luasnya wawasan ataupun lincahnya ia bergerak, tetapi ghirahnya utk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat secara murni dan berkesinambungan. Ilmu yg bermanfaat adalah tongkat yg ia pegang.

Menjadi akhwat sejati,

Niscaya akan membuat iri dan cemburu para bidadari, menjadi dambaan bagi mereka para insan berjiwa Rabbani, menjadi dambaan bagi mereka para pemilik ruh dakwah dan jihadiyah, serta para hamba Allah yg tidak tertipu oleh gemerlapannya dunia yg fana..

Menjadi Akhwat sejati,

Seperti yg dicontohkan oleh khadijah, Aisyah,Hafsah,maimunah,Shafiyah, Fatimah Az Zahra, dan para shahabiyah radiyAllahi’anha ajma’in..

Waallahualam..

Sumber: Abuku “Engkau Memang Cantik” penullis Burhan Sodiq

Sunday, March 27, 2011

Bermula disini..

Assalamulaikum wbt..

Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala kerana akhirnya diri ini diberi kekuatan untuk
membuat blog sendiri setelah sekian lama terpendam dalam jiwa ini..Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Moga terbinanya blog ini, moga diri ini luruskan niat hanya kerana Allah semata2. Moga blog ini menjadi tempat perkongisian ilmu yang bermanfaat, saling menasihati dan berpesan hanya kerana Allah. Insha Allah..

Amatla berbesar hati kepada blogger2 yang singgah blog ini untuk sebarang cadangan/komen
untuk perbaikan dan motivasi kepada blog ini agar menjadi lebih baik dan tersusun. Almaklumla, blog ini masih bertatih dan memerlukan tunjuk ajar daripada semua..:)

Salam perjuangan..disini langkahmu bermula ya...